CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 7, 2012

si jaga tetap wad Nilam

rutin harian ku sama,
masuk ke pintu besar itu dan berjalan perlahan,
menikmati setiap langkah ku dengan teratur..
agar tidak tersandung malu..
agar tidak rebah ke tanah tanpa sebarang halangan di hadapan ku..

rutin harian ku sama,
setiap hari terlampau ramai manusia..
berkeliaran di dalam kawasan ini..
betapa kisahnya mereka,pada saudara-mara mereka..
bisik hati kecilku..

rutin harian ku sama,
bergerak agar tidak melanggar apa-apa di hadapan..
samada kaki manusia..
ataupun palang-palang troli yang diletakkan di tengah,tepi ataupun yg sedang bergerak..
agar badanku yang kurus kering ini tidak sakit..

rutin harian ku sama,
melihat si baju putih menghantar makanan pada pesakit di wad ini,
kadang-kala berlaku pembaziran..
ahh...mereka mungkin sakit..
tetapi padaku,betapa membazirnya mereka..
padahal aku bersusah payah mencari alas perutku ini,..

rutin harian ku sama,
ku lihat ramai orang yang sakit.serta yang datang melawat...
ahh,betapa manja dan beruntungnya mereka..
jika aku seperti mereka,pasti aku tidak kurus sebegini..
dipandang hina oleh sesetengah manusia..
namun dikasihani sesetengah lagi...

ku teruskan rutin harian ku..
berjalan keluar dari wad Nilam..
di Hospital Pasir Mas ini..
aku berharap..satu hari nanti...
mereka sembuh..
aku mencongak-congak untuk kembali lagi..
selepas aku dapat mencari sesuap nasi untuk diriku....

***************************************************
inspirasi drpd kucing yang selalu berjalan dlm wad..
setiap hari..pd masa yang hampir sama...
kucen puteh aq bg name,kucen jaga wad Nilam..
-puteri permata perang (;<>;)

0 comments: