CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 18, 2013

from my point of view..(no offended)

Untuk insan bergelar lelaki... :) (semoga Tuhan memberi awak petunjuk)

Biarpun orang kata saya bodoh...
Terlebih memeberi cinta pada orang yang di mata mereka tidak layak..
Terlampau mengasihi orang lain bukan diri sendiri..
Biarpun sahabat saya berkata sayalah si BODOH yang ternampak di mata orang sekeliling...
Terlebih mengalah dan mengikut demi satu percaya yang dipanggil kasih...
Tetapi...saya bukan orang yang sepatutnya diberi simpati...
Bukan pantas saya orangnya yang patut diberi kasihan..
Ya,air mata yang megalir tiap kali keluar bukan buktinya seorang insan bergelar wanita itu rapuh..
Mengada-ngada,lembik,manja,memohon simpati...
Kata-kata rayuan seorang insan bergelar wanita ini bukan bermaksud mereka kalah..
Bukan bermaksud untuk menjadi penyemarak ego seorang insan bergelar lelaki..
Bukan bermakna  meraka tidak boleh hidup tanpa insan bergelar lelaki..
Bukan bermakna mereka naif,daif dalam kehidupan..
Tetapi,tidak sedarkah,itu sebuah pengorbanan..?
Pengorbanan demi menyelamatkan sebuah hubungan yang dianggap penting dalam hidup mereka..?
Pengorbanan tidak kisah apa mereka rasa?orang lain fikirkan..asalkan mereka dapat bersama dengan insan yang bergelar lelaki biarpun insan itu yang menjatuhkan mereka..
Meranapkan harapan mereka..
Memusnahkan angan-angan mereka,memberi luka yang jokalau dilihat dengan mata kasar,pantas perlu dijahit?
double layer lagi,akibat terlalu dalam kata-kata dan tingkahlaku seorang insan bergelar lelaki merobek     hati mereka..
Merobek perasaan halus mereka biarpun,ternampak kuat di luar,tetapi hakikatnya dia masih seorang wanita...
Saya simpati dengan anda wahai insan yang bergelar lelaki..
kerana...

*Awak,tak sedar siapa yang sayangkan awak,terima awak seadanya,dan cuba merubah awak ke arah lebih baik..untuk diri awak,bukan kepentingan saya..
*Awak tidak sedar apa yang penting,siapa yang senantiasa dengan awak..kala awak buntu,kala kawan-kawan dan sahabat handai awak pergi meninggalkan awak..
*Awak telah membutakan hati awak untuk dapat merasa kasih sayang insan bergelar wanita yang jujur menyayangi awak..
*Awak lukakan hati dan perasaan serta mensia-siakan seorang wanita yang ikhlas mempercayai dan menyayangi awak biarpun sebesar mana salah awak..tanpa menghukum awak..
*Awak tegar membuat keputusan untuk hanya serpihan kaca di jalanan bukan permata..
*Awak tegar memberi tempoh,dan pergi tanpa khabar berita...
*Awak tidak sedar...awak tidak tahu...awak tutup telinga awak,butakan mata awak...

Insan yang bergelar lelaki,cuba awak masuk labour room dan awak lihat betapa peritnya untuk lahirkan seorang bayi..Mungkin awak akan mual,tidak mampu melihat..
Tapi,apa yag anda buat dengan anak dara orang sekarang?
Semoga post ini dapat membuka mata anda,hargai la sesiapa yang menangis untuk anda,gembira untuk anda,berlapar untuk anda,berdoa yang terbaik untuk anda..
Yang rela dikatakan bodoh semata-mata ingin berada di sisi anda..
Yang masih fikirkan kebaikan anda,biarpun telah banyak anda sakiti dia..
Yang masih rela menunggu,yang menelan amarah anda....
dan dia bukan pun isteri anda ataupun ibu anda..(apatah lagi jika anda bersifat kejam kepada ibu pada anak-anak anda?)
Di mata masyarakat,mungkin mereka merasakan insan wanita yang begini wajar mendapat yang lebih baik..
Apa kata anda berubah,ke arah yag lebih baik itu,dan mula hargai dirinya?
Hanya ego tembok penghalang,anda bukan bodoh saya pasti..

#tiada kaitan dengan hidup dan mati,sebagai peringatan pada diri sendri sahaja..